Ads Top

Aurat Wanita Bila Bersama Keluarga Ipar

loading...


Bagaimanakah aurat seseorang wanita muslimah itu di hadapan ipar-duainya yang berlainan jantina ?


Maka jawapannya ialah : Wanita itu tidak dibenarkan membuka auratnya di hadapan ipar-duainya yang berlainan jantina  . Wanita itu mestilah bertudung dan memakai pakaian menutup aurat . Walaupun begitu dibenarkan wanita itu tidak memakai stokin dan juga menyising lengan baju agar mudah dia melaksanakan tugas-tugasnya di rumah seperti di dapur . Ini disebabkan kalau si wanita itu mesti sentiasa berstokin dan berlengan labuh , sudah tentu ini agak menyukarkan dia melakukan tugasnya di dalam rumah . Walaupun begitu , ini bukanlah alasan untuk si abang ataupun adik ipar untuk " MEMANDANG SECARA LAIN MACAM " ( pandangan penuh berahi ) kepada kakak ataupun adik iparnya . Bagaimanakah dibolehkan jika pandangan itu sendiri mempunyai " makna jahat " !? . Tudung kepala ( yang juga menutup lehernya dan dadanya ) tidak boleh ditanggalkan di hadapan ipar-duainya ( yang berlainan jantina ini ) . Inilah dia hukumnya berdasarkan mudahnya Islam . 

Di samping kemudahan diberikan , Islam tidak lupa juga memberi amaran akan bahayanya apabila kemudahan itu disalah gunakan . Tidak dapat dinafikan , di dalam dunia moden ini kadang-kadang seseorang wanita itu terpaksa tinggal serumah juga dengan ipar-duainya lantaran perkerjaan ataupun pengajian . Hubungan ipar-duai itu hendaklah dijaga dengan batas-batasnya . Ya kita boleh mempunyai hubungan mesra dengan ipar-duai kita tetapi hubungan sebagai ipar-duai sahaja . Tidak lebih daripada itu . Tapi bahaya ipar-duai ini juga perlu diawasi . Tidak sedikit manusia yang " TERLAJAK " dengan ipar-duai sendiri disebabkan hubungan dengan ipar-duai ini lebih halus, lebih sukar dikesan dan lebih mesra. 

Kerana itulah Baginda Rasulullah s.a.w telah pun memberikan amarannya dengan mengatakan bahawa " Ipar-duai itu adalah MAUT " iaitu , " hubungan sumbang " dengan ipar-duai sendiri lebih merbahaya berbanding dengan orang yang tiada kaitan kekeluargaan dan persemendaan . Sabda Baginda Rasulullah s.a.w : Ertinya : Drp Saidina 'Uqbah Bin 'Amir r.a , Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda : ( " Jaga-jaga ! , Janganlah kamu bersunyi-sunyian ~ khalwat ~ dengan mana-mana wanita " )) , maka bangunlah seorang lelaki drp Kaum Ansor bertanya : " Bagaimana pula dengan ipar-duai ? " . Jawab Baginda s.a.w : " Ipar-duai itu sendiri adalah MAUT " )) . ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh ( 9 / 5232 ) dan al-Imam Muslim rh ( 4 / 2172 ) . Juga diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad ( 4 / 149 ) dan al-Imam at-Tirmidzie rh ( 3 / 1171 ) serta al-Imam as-Suyuthi rh ( Al- Jamie? as-Soghir : 2905 ) . Sebaik-baiknya kita tidak duduk serumah dengan adik-beradik ipar kita . Namun jika AMAN DRP SEBARANG BAHAYA ( apatah lagi dengan keganjilan perilaku dan kecenderungan seks zaman sekarang ) , maka TIDAKLAH MENGAPA tinggal serumah dengan mereka . Mudah-mudahan Allah Ta'ala menyelamatkan kita sentiasa drpd musibah yg xdiingini.... Amin Ya Rabbal Alamin . 
loading...

No comments:

Powered by Blogger.
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close