Kecelaruan Pemikiran Golongan ANTIMAZHAB
loading...
"Mazhab yang didirikan oleh para ulama adalah bertujuan untuk memelihara kesucian syariat Islam daripada penyelewengan dan kesalahan dalam memahami ajaran Islam, khususnya dalam menafsirkan al-Quran dan hadis. Disebabkan hal itu, Imam al-Ghazali menegaskan bahawa wajib bagi golongan awam meminta pendapat dan mengikut (bertaklid) dengan ulama."
"Bagi mendepani kecelaruan pemikiran golongan antimazhab ini, Dr Muhammad Said Ramadan al-Buti dalam karyanya al-Lamazhabiyyah Akhtar Bid'ah Tuhaddid al-Syariah al-Islamiyyah secara tegas mengkritik dan menolak golongan antimazhab ini dengan menyatakan bahawa pemikiran antimazhab merupakan bidaah yang boleh mengancam dan menghancurkan keutuhan syariat Islam. Hal ini bertepatan dengan dalil al-Quran dan hadis tersebut yang merumuskan bahawa urusan agama Islam tidak sepatutnya diserahkan sewenang-wenangnya kepada mereka yang tidak berkelayakan."
"Kenyataan mereka ini telah mendapat respons daripada Dr Yusuf al-Qaradhawi yang mengakui bahawa golongan tersebut memerangi mazhab fiqah dengan melarang golongan awam untuk bermazhab dan bertaklid. Akan tetapi, pada masa yang sama, mereka bertaklid dengan pandangan guru mereka yang mengharamkan mazhab, sehingga jadilah mereka mazhab yang kelima."
(Majalah, Dewan Tamadun Islam terbitan DBP, Ogos 2016)
loading...

No comments: