Ads Top

Kelabihan Mati Di Mekah Dan Madinah?

loading...




Tertangkap dek telinga ujaran seorang juri rancangan 'realiti agama' tempatan...

Katanya, mati di mana-mana sekali pun, sama sahaja. Tiada sebarang kelebihan...

Berikut adalah hadis berhubung kelebihan mati di Madinah dan Mekah.

1. Kelebihan mati di Madinah

Sabda Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam :

من استطاع منكم أن يموتَ بالمدينةِ فلْيَمُتْ ؛ فإنه من مات بالمدينةِ شَفعْتُ له يومَ القيامةِ

Terjemahan : "Sesiapa yg 'mampu' untuk mati di Madinah, maka [berusahalah untuk] mati [di situ]. Sesungguhnya, sesiapa yang mati di Madinah, aku akan memberi syafaat kepadanya pada hari kiamat".

Penilaian hadis :

i.             Ibn Hajar al-Haitami dalam al-Zawajir : Sahih atau hasan
ii.           Albani dalam Sahih al-Targhib : Sahih
iii.         Al-Hafiz Ibn Abd al-Hadi dalam al-Sorim al-Munkiy : Sahih
iv.          Syaikh Ahmad Syakir : Sahih Li Ghairih.

Hadis di atas dikuatkan lagi oleh satu hadis riwayat Imam Muslim.

Sabda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam :

من صبر على لأوائِها وشدتِها ، كنت له شهيدًا أو شفيعًا يومَ القيامةِ . يعني المدينةَ

Terjemahan : "Sesiapa yang bersabar [dalam menghadapi] kesempitan hidup dan kemarau [di Madinah], aku akan menjadi saksi atau memberi syafaat kepadanya pada hari kiamat".

NOTA : Terjemahan berpandukan huraian Syaikh al-Tabrizi dlm Misykatul Masabih.

2. Kelebihan mati di Mekah :

Diriwayatkan dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam :

من ماتَ في أحدِ الحرَمينِ بُعِثَ آمنًا يومَ القيامةِ

Terjemahan : "Sesiapa yang mati di salah satu [tanah] Haram (Mekah atau Madinah), akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan aman".

Penilaian hadis :

i.             Ramai muhaddith menilainya dhaif, dan ada juga yang menilainya tiada asas atau palsu.
ii.           Al-Hafiz Nuruddin al-Haithami dlm Majma' al-Zawa'id : Isnadnya hasan
iii.         Imam Sayuti dlm al-La Ali' al-Masnu'ah : Hasan disebabkan syawahidnya yg banyak.

loading...

No comments:

Powered by Blogger.
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close